Pendedahan Dan Pendaftaran Kepada Laman Web MySalam

16 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti kampung braang bayur untuk pendedahan dan pendaftaran tuntutan MySalam yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 01:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang terutama untuk tuntutan covid 19. Seramai 5 orang telah berdaftar pada hari tersebut.

Selain itu, kami kongsikan antara etika melayari internet seperti berkhemah memberi pandangan dan jangan guris hati orang lain. Kedua amalkan adab iaitu elakkan bahasa kesat. Ketiga jaga keselamatan dan keamanan iaitu jangan sokong hasutan berunsur jahat dan seterusnya ialah bertanggungjawab jangan kongsikan cerita atau informasi yang tidak pasti. Pastikan kita amalkan etika dan adab sopan ketika berinteraksi kerana penggunaan laman sosial yang baik adalah tanggungjawab bersama!.

Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali