Kelas Taklimat Pemohonan Atas Talian SPA (Softskill)

13 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2020, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan taklimat pemohonan atas talian bagi SPA dan UPU bersama 7 orang peserta. Kelas ini bermula pada pukul 9:00 pagi dan tamat pada pukul 12:00 tengahari. Peserta diberi taklimat menghasilkan password yang benar-benar kukuh, pemilihan bidang yang digemari dan jawatan yang sesaui untuk dipohon bagi lepasan SPM.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali