Kelas Video Editing Lanjutan (Movie Maker)

13 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Editing Video Lanjutan menggunakan Movie Maker di Pusat Internet Kg Braang Bayur yang dihadiri oleh 2 orang peserta. Kelas ini memberi pendedahan kepada editing video daripada pengenalan, isi-isi video dan penutup. Bukan sahaja pembelajari pemotongan video tetapi memberi kesan-kesan khas agar video dihasilkan lebih menarik. Muzik dan elemen kesan suara adalah sangat penting.

Peserta diberi tugasan menghasilkan video berdurasi 3 ke 4 minit berdasarkan bahan video yang telah disediakan. Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu privasi anda tanggungjawab anda. Kami kongsikan apa jua kandungan yang dimuat naik di internet akan kekal selamanya di internet. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada beliau di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali