Kelas Microsoft Excel & KDB: Privasi Anda Tanggungjawab Anda

25 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Excel bersama seorang peserta yang bermula pada pukul 9:00 pagi. Beliau diajar mengunakan formula kira-kira, menghasilkan graf melalui data yang telah disediakan. Selain itu, beliau membuat perbelanjaan bulanan bagi tahun 2018 sebagai tugasan, melalui data yang diperoleh beliau menghasilkan formula kira-kira untuk memudahkan pengiraan dibuat serta turut persembahkan melalui Graf.

Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar beliau tidak sebarang mendedahkan maklumat pravasi beliau kepada umum terutamanya media sosial. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada beliau. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali