Kelas Design Selempang (Microsoft Publisher) & KDB Mobile E-Waste

12 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan Kelas Design Selempang bersama seorang peserta yang bermula pada pukul 9:00 pagi. Peserta diajar menghasilkan rekaan selempang Ratu cantik mengikut permintaan peserta yang inginkan kelainan. Rekaan dihasilkan mengunakan perisian Microsoft Publisher.

Sebelum memulakan rekaan peserta diarahkan untuk meneliti rekaan selempang yang terdapat dalam carian google untuk mencambahkan idea peserta untuk menghasilkan design rekaan beliau. Selain itu, kami dedahan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada beliau di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali