Kelas Asas Bermain Gitar Melalui Youtube & KDB: Buli Siber

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas asas bermain gitar melalui youtube bersama 12 orang peserta yang bermula pada pukul 2:00 petang. Peserta mempelajari kod-kod asas gitar dengan betul berpandukan video daripada youtube. Walau bagaimanapun, bermain gitar bukanlah mudah malah memerlukan latihan yang berpanjangan.

Dengan adanya Internet serta Youtube kita boleh mempelajari atau meningkatkan kemahiran dalam apa jua bidang. Selain itu, kami kongsikan amalan ketika melayari laman sosial seperti pilih kawan di Internet dengan bijak dan hanya menerima mereka yang anda kenal, abaikan sahaja komen yang menyakitkan hati daripada orang yang tidak dikenali, laporkan dan padamkan komen tersebut serta jadilah pengguna Internet yang bijak. Kami harapkan agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberi memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali