Bengkel ICT Bersama Penghulu/Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum, Topik 3 - Kumpulan 1

2 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Bengkel ICT bersama penghulu, ketua masyarakat dan ketua kaum dibawah Pejabat Daerah Kecil Siburan di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memantapkan lagi penguasaan penulisan dokumen, penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat melalui penggunaan komputer. Di samping itu, perlaksanaan juga adalah untuk memperkasakan keupayaan pemimpin komuniti dalam kemahiran ICT selari dengan sistem informasi dan teknologi maklumat yang berkembang pesat masa kini.

Bengkel ini telah disertai oleh 8 orang ketua kaum/Penghulu/Kapitan (Kumpulan 1) dibawah Pejabat Daerah Kecil Siburan. Topik yang diketengahkan pada kali ini ialah penulisan minit mesyuarat dan Memo pemberitahuan menggunakan Microsoft Word. Kami kongsi cara menaip dengan format yang betul serta membimbing peserta sehingga menyiapkan tugasan yang diberikan. Setiap peserta diberi tugasan menghasilkan minit mesyuarat.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali