Kelas Aplikasi Canva (Facebook Post)

29 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Aplikasi Canva pada pukul 9:30 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh seorang usahawan wanita. Kelas kali ini memberi penekanan kepada cara untuk menghasilkan iklan yang menarik dan berkesan menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi ini mempunyai pelbagai pilihan template untuk memudahkan pengguna menghasilkan iklan. Di akhir kelas ini beliau telah Berjaya menghasilkan iklan perkhidmatan Eyebrows beliau.

Disamping itu, peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: penipuan kewangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini agar beliau sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsikan maklumat peribadi kepada umum serta jangan mudah percaya kepada skim-skim cepat kaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha.Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali