Kuiz Matematik Secara Dalam Talian (Softskill)

2 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada seorang pelajar SMK Padawan untuk menjalankan Kuiz Matematik secara dalam talian yang bermula pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 petang. Pelajar tersebut diiringi bapanya sepanjang kuiz matematik itu berlangsung.

Selain itu, kami dedahan modul KDB: Buli Siber. Kami kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber.

Kami berharap agar setiap perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali