Advokasi Klik Dengan Bijak: Etika Keselamatan Penggunaan Internet

7 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur dan Pusat Ekonomi Digital PPR Batu Gong telah mengadakan Advokasi Klik dengan Bijak bertajuk Etika Keselamatan di Giatmara Mambong, Siburan. Advokasi ini disertai oleh 30 orang pelatih baharu sesi Julai 2022. Antara sub-topik yang diberi penekanan ialah Pengurusan Risika dalam Talian, Terlebih Kongsi Maklumat, Maklumat Palsu, Penipuan Kewangan, Keganasan Siber, Keselamatan Komputer dan Kawal Selia Kendiri.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Giatmara Mambong kerana sudi menjemput kami daripada Pusat Ekonomi Digital . Kami berharap agar setiap perkongsian diberikan memberi manfaat kepada semua pelatih, sekian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali