Kelas Microsoft Powerpoint Bahagian 2 (Video Presentation)

3 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Office PowerPoint Bahagian 2 iaitu Video Presentation kepada 2 orang peserta yang bermula pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari. Kami membimbing peserta menghasilkan slide video presentation dengan pemilihan design slide, size perkataan dan peranan warna dalam menarik minat penonton. Perkongsian memasukan video dan audio dalam video presentation dan suntingannya. Setiap peserta perlu menghasilkan video lengkap dengan tema bebas.

Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Pengguna Internet yang bijak tidak akan membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali