Pendedahan Dan Kemaskini Maklumat Bantuan

15 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada komuniti sekitar Kampung braang bayur untuk pendedahan dan kemaskini maklumat Bantuan yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 01:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00. Seramai 3 orang telah berkunjung untuk membuat urusan tersebut.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi.

Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali