Kelas Microsoft PowerPoint Bahagian 2 (Tugasan Video Presentation)

19 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Office PowerPoint Bahagian 2 iaitu Tugasan Video Presentation kepada seorang peserta yang bermula pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari. Kami membimbing peserta menghasilkan video presentation yang menarik dan kreatif. Peserta mempersembahkan video ciptaan mereka dan dikritik agar dapat menghasilkan video yang lebih baik dikemudian hari.

Tambahan pula, kami dedahan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat-pusat internet Komuniti berdekatan

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali