Pendedahan Dan Pendaftaran Kepada Laman Web MySalam

12 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti kampung braang bayur untuk pendedahan dan pendaftaran tuntutan MySalam yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 01:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang terutama untuk tuntutan covid 19. Seramai 4 orang telah berdaftar pada hari tersebut.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang risiko anak-anak ketika menggunakan internet. Kami kongsikan beberapa tip untuk melindungi anak-anak seperti mewujudkan persekitaran penggunaan komputer yang selamat (letakkan komputer di tempat terbuka) dan membimbing anak menelusuri alam siber sebagaimana di dunia nyata. Tambahan pula, kawalan laman web yang boleh dan tidak boleh dilayari oleh anak anda dengan mengunakan perisian ‘parental vontrol toold’ seperti yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan internet anda. Tingkatkan keselamatan dan privasi anak anda serta gunakan Anti-virus dan Anti-spyware untuk melindungi komputer di rumah.

Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali