Kelas Microsoft Word Pakar Table

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Word iaitu pakar table pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh 2 orang peserta. Peserta mempelajari penggunaan table dalam membuat jadual dan menggunakan pelbagai aturan table. Setelah peserta diberikan tunjuk ajar, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali