Kelas Atas Talian Pelajar IPTA/IPTS (E-Learning)

17 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2021, Pusat Ekonimi Digital Keluarga Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada pelajar IPTA/IPTS untuk mengadakan kelas atas talian yang bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan disertai oleh seorang peserta.

Selain itu, kami kongsikan antara tips berkomunikasi di internet seperti hormati topik yang dibincangkan dan jangan persendakan pandangan orang lain. Selain itu, elakkan memberi label negative kepada sesiapa sahaja dan jangan malu meminta maaf jika tersilap.

Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali