Pendedahan Dan Pendaftaran Kepada Laman Web MySalam

7 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti kampung braang bayur untuk pendedahan dan pendaftaran tuntutan MySalam yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 01:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang terutama untuk tuntutan covid 19. Seramai seorang telah berdaftar pada hari tersebut.

Tambahan pula, kami dedahan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat-pusat internet berdekatan.

Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali