Kelas Asas ICT- Kenali Komputer Dan Google

24 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 November 2021, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Asas ICT kenali komputer dan google pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari yang disertai oleh 4 orang peserta. Kelas ini mendedahkan komponen-komponen computer serta fungsinya dan penggunaan google sebagai peranti mencari maklumat. Pada kali ini kami memberi penekanan kepada penggunaan email serta cara menghantar email secara formal serta cara memasukan lampiran gambar atau dokumen lain.

Selain itu, kami berkongsikan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi.

Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali