Kelas Microsoft Powerpoint Bahagian 3 (Tugasan Video Presentation)

10 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Office PowerPoint Bahagian 3 iaitu Tugasan Video Presentation kepada 5 orang peserta yang bermula pukul 9:00 pagi hingga pukul 10:00 pagi. Kami membimbing peserta menghasilkan video presentation yang menarik dan kreatif. Peserta mempersembahkan video ciptaan mereka dan dikritik agar dapat menghasilkan video yang lebih baik dikemudian hari.

Selain itu, kami kongsikan antara etika melayari internet seperti berkhemah memberi pandangan dan jangan guris hati orang lain. Kedua amalkan adab iaitu elakkan bahasa kesat. Ketiga jaga keselamatan dan keamanan iaitu jangan sokong hasutan berunsur jahat dan seterusnya ialah bertanggungjawab jangan kongsikan cerita atau informasi yang tidak pasti. Pastikan kita amalkan etika dan adab sopan ketika berinteraksi kerana penggunaan laman sosial yang baik adalah tanggungjawab bersama!

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali