Kelas Pendedahan Kepada Laman Web MySalam

26 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti kampung braang bayur menggunakan perkhidmatan staf yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 01:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang untuk membantu komuniti mengisi MYSALAM terutama untuk tuntutan covid 19.

Tambahan pula, kami dedakan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat-pusat internet berdekatan.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali