Kelas Cara Mengisi SPA Atas Talian (SoftSkill)

25 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada peserta untuk mengikuti kelas cara mengisi SPA atas talian dari pukul 10:00 pagi hingga pukul 11:00 pagi.

Tambahan pula, kami dedahan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat Internet Komuniti berdekatan.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali