Kelas Atas Talian Pelajar IPTA/IPTS (E-Learning) & Peperiksaan SPA Atas Talian (Softskill)

21 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada pelajar IPTA/IPTS untuk mengadakan kelas atas talian yang bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan disebelah petang bagi peperiksaan SPA atas talian dari pukul 1:00 petang hingga pukul 4:00 petang.

Tambahan pula, kami dedahan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat Internet Komuniti berdekatan

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali