Kelas Video Editing (Movie Maker)

18 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Editing Video menggunakan Movie Maker yang dihadiri oleh 2 orang peserta. Kelas ini memberi pendedahan kepada editing video daripada pengenalan, isi-isi video dan penutup. Bukan sahaja mempelajari pemotongan video tetapi memberi kesan-kesan khas agar video dihasilkan lebih menarik. Muzik dan elemen kesan suara adalah sangat penting. Peserta diberi tugasan menghasilkan video berdurasi 3 ke 4 minit berdasarkan bahan video yang telah disediakan.

Selain itu, kami kongsikan antara etika melayari internet seperti berkhemah memberi pandangan dan jangan guris hati orang lain. Kedua amalkan adab iaitu elakkan bahasa kesat. Ketiga jaga keselamatan dan keamanan iaitu jangan sokong hasutan berunsur jahat dan seterusnya ialah bertanggungjawab jangan kongsikan cerita atau informasi yang tidak pasti. Pastikan kita amalkan etika dan adab sopan ketika berinteraksi kerana penggunaan laman sosial yang baik adalah tanggungjawab bersama!

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali