Kelas Microsoft Excel

2 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Februari 2021, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Excel pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh 2 orang peserta. Peserta diajar membuat formula kira-kira, menghasilkan graf melalui data yang telah disediakan. Setelah peserta diberikan tunjuk ajar, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.

Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar beliau tidak sebarang mendedahkan maklumat pravasi beliau kepada umum terutamanya media sosial.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali