Kelas Asas ICT [Peranti Komputer] & Kelas E-Learning Kahoot [Kuiz ICT & KDB]

6 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Januari 2020, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Asas ICT [Peranti Komputer] pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari manakala kelas E-learning Kahoot [Kuiz ICT & KDB] pada pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang peranti input dan peranti output komputer serta fungsinya. Selain itu, di sebelah petangnya kami menguji 3 orang berkenaan Asas ICT dan KDB mengunakan permainan dalam talian iaitu Kahoot. Peserta-peserta sangat teruja menyertai kuiz Kahoot ini.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali