Pemohonan Atas Talian & Kelas Asas ICT

17 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2020, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas asas ICT bersama 4 orang peserta. Kelas ini bermula pada pukul 9:00 pagi dan tamat pada pukul 12:00 tengahari. Peserta masing-masing diajar membuka akaun email melalui google gmail serta pendedahan format menghantar email secara formal dan melampirkan gambar atau dokumen yang berkaitan. Pada sebelah petang pula peserta diberi taklimat pemohonan atas talian bagi SPA menghasilkan password yang benar-benar kukuh, pemilihan bidang yang digemari dan jawatan yang sesuai untuk dipohon bagi lepasan SPM.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali