dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Braang Bayur, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Membuat Origami Melalui Youtube (Softskill) & Kelas Pemohonan Jawatan Kosong Dalam Talian (Softskill)

23 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas membuat origami melalui youtube di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari. Kelas ini meransang pemikiran kreatif kanak-kanak dalam menghasilkan Origami Burung melalui video Youtube serta bimbingan Staf pusat internet. Dengan adanya sumber daripada Youtube pelbagai daya kreatif dapat ditiru dan dihasikan kearah kebaikan

Pada sebelah petangnya, kami telah membimbing seorang peserta untuk memohonan jawatan kosong secara dalam talian. Topik yang diberi penekanan ialah pemilihan jawatan kosong, kelayakkan, cara untuk memuat naik file dalam portal carian pekerjaan.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu Buli Siber. Kami kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Ter pelihara.