Kelas Atas Talian Pelajar IPTA/IPTS (SoftSkill)

9 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2020, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada pelajar IPTA/IPTS untuk mengadakan kelas atas talian yang bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 4:00 petang yang disertai oleh 3 orang peserta.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali