Kelas Atas Talian Pelajar IPTA/IPTS (SoftSkill)

8 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2020, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada pelajar IPTA/IPTS untuk mengadakan kelas atas talian yang bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 4:00 petang yang disertai oleh seorang peserta.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali