Kelas Video Editing (Microsoft Powerpoint)

12 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Editing Video menggunakan Microsoft PowerPoint di Pusat Internet Kg Braang Bayur yang dihadiri oleh 2 orang peserta. Kelas ini mendedahkan tip-tip penghasilan video yang menarik seperti ramai Youtuber dewasa ini. Penggunaan Microsoft powerPoint adalah sangat praktikal dan mampu memberi hasil video yang setanding dengan kualiti applikasi lain. Peserta diberi tugasan menghasilkan video introduksi yang berdurasi kurang 20 saat berdasarkan bahan video yang telah disediakan.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada beliau di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali