Kelas Latihan Asas Menaip E-Learning

7 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas latihan asas menaip “e-learning” di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan asas menaip dengan betul. Melalui permainan dalam talian dapat meningkatkan ketangkasan 6 orang peserta dalam menaip. Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label.

Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali