Kelas Asas ICT & Microsoft Word (Surat Rasmi Korporat) & KDB: Maklumat Palsu

13 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Asas ICT dan Microsoft Word (Surat Rasmi Korporat) bersama seorang peserta yang bermula pada pukul 9:00 pagi. Peserta mempelajari cara format menaip dengan betul. Beliau juga diberi tugasan menghasilkan Surat Rasmi Korporat dengan mereka “header” seperti contoh yang diberi.

Selain itu, kami dedahan modul KDB: maklumat palsu yang semakin banyak di laman sosial dewasa ini. Antara tip keselamatan apabila menerima maklumat ialah yang pertama melihat sumber maklumat tersebut, yang kedua memahami sama ada fakta atau pendapat,yang ketiga selidik dengan lebih mendalam dan keempat menilai mengunakan pertimbangan yang saksama. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada beliau. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali