Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam & Klik Dengan Bijak

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah dijadikan tempat untuk menduduki peperiksaan bagi 3 orang peserta. Peperiksaan ini dijalankan secara dalam talian yang bermula pukul 9 pagi hinga 11:30 pagi. Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan.

Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar setiap perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali