Kelas Photo Book (Microsoft Publisher) & Kdb: Trolling

15 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan Kelas Photo Book Publisher di Pusat Internet Kg Braang Bayur yang dihadiri oleh seorang peserta. Kelas ini memberi pendedahan kepada penyusunan gambar-gambar dalam keretan muka surat buku. Gambar-gambar disusun mengunakan Template Microsoft Publisher. Peserta diberi tugasan yang bertajuk Album Travelku untuk menyiapkan buku gambar peserta mendapatkan sumber gambar melalui carian google.

Peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: penipuan kewangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini agar beliau sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsikan maklumat peribadi kepada umum serta jangan mudah percaya kepada skim-skim cepat kaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada beliau di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali