Hari Terbuka Pusat Internet PPR Batu Gong

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur dan Pusat Internet Kg. Quop telah dijemput untuk menyempurnakan Hari Terbuka Pusat Internet PPR Batu Gong. Tujuan Hari terbuka ini diadakan adalah untuk mempromosi pusat internet, menjalin hubungan antara penduduk setempat dan mendekatkan penduduk kampung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat internet.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti ceramah dan tayangan video Advokasi KDB, taklimat MyFreeview, pertandingan Kuiz ICT dan Kemerdekaan, pertandingan mewarna dan Explorasi KDB. Hampir semua pertandingan mendapat sambutan kanak-kanak dan orang dewasa. Seramai hampir 92 orang pengunjung hadir dalam hari terbuka pusat internet PPR Batu Gong.

Acara dimeriahkan dengan cabutan tiket bertuah sumbangan penduduk kampung dan pusat internet. Hari terbuka ini tamat dalam pukul 1 petang dan disambung dengan Kursus Usahawan Pengendalian makanan dari pukul 2 petang hingga pukul 5 petang. Ribuan terima kasih kepada yang penduduk PPR Batu Gong yang hadir serta jemputan daripada Pusat Internet PPR Batu Gong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali