Taklimat Digital Literasi (Myfreeview) Di Semadang Internasional Tagang Festival 2019

1 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 31 September 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur bekerjasama dengan Pusat Internet Bengoh mengadakan promosi, demonstrasi dan edaran risalah berkaitan dengan MyFreeview iaitu peralihan siaran televisyen secara analog kepada siaran televisyen digital pada 30 September 2019. Risalah-risalah diedarkan hampir kepada semua pengunjung yang hadir.

Selain itu, kami juga mempromosi peranan pusat internet kepada penduduk setempat dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat internet. Taklimat diadakan di Semadang Internasional Tagang Festival 2019 anjuran ke-5 oleh JKKK Kampung Semadang. Festival ini berlangsung selama 3 hari bermula 30 Ogos hingga 1 September. Aktiviti yang paling mendapat sambutan dan tumpuan ialah pertandingan memancing dan gelaran Ratu Tagang 2019 yang diumumkan pada sebelah malamnya. Kami berharap agar setiap perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali