Hari Komuniti Pusat Internet Kg Braang Bayur

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Hari Komuniti bersama penduduk Kampung Bayur dan kampung-kampung disekitarnya. Hari komuniti ini telah dijayakan bersama PI Kg Quop, PI Sungai Bandung, PI PPR Batu Gong dan PI Bengoh. Tujuan Hari terbuka ini diadakan adalah untuk mempromosi pusat internet, menjalin hubungan antara penduduk setempat dan mendekatkan penduduk kampung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat internet.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti ceramah dan tayangan video Advokasi KDB, taklimat MyFreeview, pertandingan Kuiz ICT dan Kemerdekaan, pertandingan mewarna, pertandingan Cabaran Maggie Pedas Giler dan pertandingan Slow Motorcycle Race. Hampir semua pertandingan mendapat sambutan pengunjung.

Seramai hampir 55 orang pengunjung hadir dalam hari komuniti ini. Acara dimeriahkan dengan cabutan tiket bertuah sumbangan pusat internet. Hari terbuka ini bermula pukul 8:00 pagi dan tamat kira-kira pukul 2:00 petang. Ribuan terima kasih kepada yang penduduk kampung yang sudi hadir memeriahkan hari komuniti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali