Kem Kesedaran Penggunaan Internet Di SMK Seri Setia

12 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur bersama PI Kg. Quop, PI PPR Batu Gong, PI Bako, PI Bengoh dan PI Sungai Bandung telah mengadakan kem kesedaran penggunaan internet di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia sempena program Pasca PT3. Kem ini disertai oleh 150 orang pelajar tingkatan 3.

Selain itu, kem ini sarat dengan taklimat Advokasi dan permaianan seperti Taklimat Advokasi Kata Laluan, Perkongsian melampau dan ketagihan internet. Aktiviti permainan diterapkan untuk mewujudkan sikap kerjasama, amanah dan tanggungjawab dalam kalangan peserta. Kem ini berlangsung dengan aman dan lancar bermula pukul 7:00 pagi dan berakhir pada pukul 1:00 petang. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali