Hari Terbuka Pusat Internet Sungai Bandung

16 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur, Pusat Internet Kg. Quop dan Pusat Internet Bengoh telah dijemput untuk menyempurnakan Hari Terbuka Pusat Internet Sungai Bandung. Tujuan Hari terbuka ini diadakan adalah untuk mempromosi pusat internet, menjalin hubungan antara penduduk setempat dan mendekatkan penduduk kampung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat internet.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti ceramah dan tayangan video Advokasi KDB, taklimat MyFreeview, pertandingan Kuiz ICT dan Kemerdekaan, pertandingan mewarna dan pertandingan menaip Tommy Q. Hampir semua pertandingan mendapat sambutan kanak-kanak dan orang dewasa.

Seramai hampir 200 orang pengunjung hadir dalam hari terbuka pusat internet sungai bandung. Acara dimeriahkan dengan cabutan tiket bertuah sumbangan penduduk kampung dan pusat internet. Hari terbuka ini bermula pukul 8:00 pagi dan tamat dalam pukul 5:00 petang. Ribuan terima kasih kepada penduduk Sungai Bandung yang hadir serta menjemput PI Kg. Bra’ang Bayur.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali