Kelas Microsoft Powerpoint(Design) & Kelas Suntingan Video Pendek (Moviemaker)& KDB: Phishing

11 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mei 2019, Pi Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Design mengunakan perisian Microsoft Power Point. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta yang bermula pada Pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tenghari. Peserta diajar menghasilkan Design gambar yang menarik dan mendapatkan sumber tambahan daripada carian google. Pemilihan grafik, warna dan komposisi grafik menjadikan design yang dihasilkan menarik.

Pada sebelah petangnya, pada pukul 2:00 petang kami mengadakan kelas suntingan video pendek mengunakan perisian MovieMaker yang dihari oleh seorang peserta. Peserta diajar menghasilkan impak video yang berkesan kepada penonton serta kreatif dengan pemilihan muzik latar yang sesuai. Selain itu, kami juga mendedahkan kepada peserta untuk elak tertipu dengan “Phishing’ yang semakin menjadi-jadi dewasa ini.

Phishing adalah cubaan menipu di dalam talian untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna atau mangsa seperti nama pengguna, kata laluan, butiran kad kredit dan nombor akuan dengan menyamar sebagai sebuah entity yang boleh dipercayai. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada beliau. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali