Kelas Microsoft Powerpoint & KDB: Check Your Label

30 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Jun 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint bersama seorang peserta yang bermula pada pukul 2:00 petang. Peserta diketengahkan cara untuk menghasilkan slide presentation yang berkesan dan menarik melalui pemilihan tema warna, transisi slide, animasi dan mereka gambar. Kami juga ketengahkan pelbagai kegunaan Microsoft PowerPoint bukan sahaja untuk menyediakan slide presentation tetapi boleh mereka banner, kad jemputan, gambar dan banyak lagi.

Peserta membuat slide presentation berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan hari gawai yang akan datang sebagai tugasan. Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu check your label. Sebagai pengguna kita harus pastikan bahawa peralatan komunikasi yang kita jugakan sahih dan memiliki label MCMC. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada beliau. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali