Mesyuarat Backyard Tour Sdn Bhd Bersama Pemandu Pelancong

6 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2019, pihak Backyard Tour telah mengadakan mesyuarat bersama pemandu pelancong di Pusat Internet Kg. Braang Bayur. Pelbagai topik yang diutarakan sesama mereka untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pelancongan mereka. Selain itu, turut mengadakan temubual secara talian menggunakan google hang-out. Perkara ini menjadi pengalaman baru kepada pemandu pelancong yang hadir.

Selain itu, kami ketengahkan modul Klik Dengan Bijak iaitu Phishing. Phishing adalah cubaan penipuan di dalam talian untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna atau mangsa seperti nama pengguna, kata laluan, butiran kad kredit dan nombor akuan dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai. Kami berharap agar setiap perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali