Kelas Multimedia Video Kemerdekaan (Moviemaker) Asas Teori Pengambaran

05 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Ogos 2018, Sempena bulan kemerdekaan PI Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Multimedia Video Kemerdekaan yang memfokus kepada asas teori pengambaran yang bermula pada pukul 9:30 pagi hingga pukul 11:30. Kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta. Peserta diperkenalkan dengan kamera, fungsi tripod serta kedudukan kamera yang sesuai dalam setiap penggambaran. Peserta juga berpeluang mencuba sendiri peralatan pengambaran yang dibawa oleh kami.

Kami berharap agar pendedahan yang diberikan dapat menjadikan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan video satu hari nanti. Kelas ini akan bersambung dengan kelas Praktikal Pengambaran yang akan dibuat di luar Pusat Internet pada minggu berikutnya dan kelas suntingan sehingga terhasilnya video Kemerdekaan mereka. Melalui kelas ini, peranan Pusat Internet Khasnya PI Kg Braang Bayur akan diketahui umum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali