Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg Braang Bayur

28 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2018, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan program Hari Bersama Komuniti. Program ini berlangsung pada pukul 8.00 Pagi sehingga 1.00 Petang dengan pelbagai aktiviti menarik dijalankan, antaranya ialah pertandingan mewarna secara digital untuk kategori peserta di sekolah tadika, pertandingan Climbing-2 untuk kategori sekolah rendah manakala untuk kategori sekolah menengah dan dewasa pula, pertandingan typing hero diadakan. Turut serta adalah ketua Kampung Kampung Begu iaitu En. Gugut yang merupakan tetamu jemputan pada hari berkenaan.

Untuk kategori terbuka pertandingan KDB Explorace dibuat untuk memupuk nilai kerjasama dalam pasukan. Selain dari pertandingan, pihak penganjur juga menyediakan inisiatif untuk peserta dan hadirin mengitar semula sisa elektronik mereka melalui program E-Waste bagi menyelamatkan bumi daripada terus tercemar. Dianggarkan seramai 34 orang hadirin telah berjaya memeriahkan program pada kali ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan hadirin dengan komputer dan komponennya sekaligus permainan yang berasaskan ICT mampu menarik minat semua lapisan umur untuk mempelajari dan menguasai ICT.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali