Klinik Keusahawan Persatuan Usahawan Bidayuh Penrissen

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2018, PI Braang Bayur dan PI Bengoh telah dijemput oleh Persatuan Usahawan Bidayuh Penrissen (PUBP) untuk membuat bengkel berkaitan pemasaran produk atau perkhidmatan melalui ICT. Bengkel ini dihadari oleh 33 orang peserta daripada pelbagai latar belakang dan bermula pukul 8:00 pagi hingga pukul 5:00 petang.

Bengkel ini di bahagi kepada 3 sesi iaitu perkongsian daripada seorang model usahawan En. James, perkongsian daripada pihak Maybank berkaitan dengan sumber modal dan pemasaran produk dan perkhidmatan melalui ICT. Setelah tamat bengkel, PUBP telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip Susil merangkap Ahli Dun N.19 Tarat dan Ahli Parlimen P.189 Puncak Borneo Yang Berhormat Willie Mongin. Melalui Kerjasama dengan (PUBP) secara tidak langsung memperkenalkan Pusat Internet kepada umum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali