Kelas Microsoft Office Word & KDB Maklumat Palsu

22 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2018, PI Braang Bayur telah mengadakan Kelas Microsoft Office Word. Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang bermula pukul 9:30 pagi hingga 11:30 pagi. Kelas ini, mengajar peserta menaip dan mengenal setiap kekunci pada Microsoft word serta menghasilkan Surat Rasmi korporat sebagai tugasan.

Kami juga menerapkan modul KDB iaitu Maklumat Palsu agar peserta dapat menilai kebenaran setiap berita yang dikeluarkan di media sosial. Kami berharap agar penguasaan peserta dalam Microsoft Word memudahkan tugasanya di masa akan datang. Melalui kelas ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet serta manfaatnya kepada umum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali