Jelajah Kelas Asas ICT [Asas Ict & Microsoft Word] & KDB (Tayangan Video Buli Siber) Di SK Gayu

27 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2018, PI Kg Braang Bayur telah mengadakan Jelajah Kelas Asas ICT & KDB di SK Gayu yang disertai oleh 20 peserta pelajar Tahun 6. Program ini berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari.Program bermula dengan ceramah klik dengan bijak dan tayangan video buli siber. Selain itu, kami kongsikan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet.

Kelas asas ICT bermula dengan memperkenalkan fungsi-fungsi komputer, papan kekunci, tetikus, CPU, printer dan banyak lagi. Kali ini kami ketengahkan kelas menaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan memberi tugasan menaip lagu sekolah mereka. Kemahiran menaip ini sangat berguna terutamanya untuk membuat tugasan sekolah mereka nanti. Melalui program ini kami dapat memperkenalkan fungsi pusat internet itu sendiri dan manfaatnya kepada masyarakat sekitarnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali